SHAH ALAM: Polis tidak menolak kemungkinan lima individu yang ditembak mati dalam kejadian di Putra Heights di sini malam tadi merupakan ahli 'Geng Ninja Van' dan terlibat dalam lebih 50 kes samun bersenjata di Lembah Klang.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan yang aktif sejak 2022 dan menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman itu juga bertindak ganas termasuk menetak mangsa jika ada yang bertindak balas semasa mereka melakukan samun.
Beliau berkata semua suspek warga tempatan berumur 25 hingga 30 tahun itu juga mempunyai banyak rekod jenayah lampau dan menjadi buruan polis sejak dua tahun lepas.
"Kami percaya kumpulan perompak ganas ini juga mempunyai ahli lain yang terlibat dalam memberikan maklumat dalaman untuk mereka melakukan kegiatan samun," katanya pada sesi sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek juga menemui dua pucuk pistol jenis revolver dan semi automatik, parang, umpil besi, topeng serta sarung tangan dipercayai digunakan untuk tujuan samun dan pecah masuk premis yang dikenal pasti.
Dalam kejadian 11.30 malam tadi, lima suspek berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan Putra Heights sebelum kenderaan dinaiki mereka diarah berhenti untuk pemeriksaan.
Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis dan berlaku insiden berbalas tembakan sebelum kelima-lima penjenayah itu ditembak mati.
Dalam perkembangan lain, Hussein berkata, pengarah syarikat yang mendakwa sebagai pemilik bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara baru-baru ini tidak hadir memberi keterangan sebagaimana dijanjikan.
Beliau berkata jika tiada pihak yang tampil bagi menuntut wang berkenaan pihaknya terpaksa mengikut prosedur sedia ada iaitu pelupusan harta yang tidak dituntut dengan mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan.
"Kami tidak kisah dia mahu datang atau tidak, kita bagi tempoh masa yang sewajarnya untuk dia datang kerana dia dah menyatakan duit itu milik syarikat dia, cuma sekarang dia masih tidak tampil dengan bukti bahawa duit itu milik dia," katanya.
Menurutnya polis kini melakukan pemeriksaan ke atas wang berkenaan bagi mengesan sekiranya wujud elemen bahan terlarang.
Semalam, Hussein dilaporkan berkata pengarah syarikat berkenaan akan hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan duit tersebut milik syarikatnya pada hari ini di Balai Polis Damansara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan yang aktif sejak 2022 dan menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman itu juga bertindak ganas termasuk menetak mangsa. - Gambar fail
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights terlibat lebih 50 kes samun
Kumpulan itu menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman, selain bertindak ganas termasuk menetak mangsa.